Thursday 1 May 2014

Himpunan GST langgar Akta Perhimpunan aman

Himpunan GST semalam sememangnya jelas telah melanggar akta perhimpunan aman 2012. Selama ini tiada satu pun perhimpunan yang dianjur oleh Pakatan Rakyat telah mengikut sepenuhnya peraturan yang ditetapkan oleh Polis berdasarkan undang-undang APA. Persoalannya kini bagaimana pihak mahkamah melihat perkara ini jika dengan jelas terdapat bukti-bukti yang menunjukkan penganjur dan peserta perhimpunan tidak memenuhi kehendak akta itu sendiri. Rasanya lepas ni hakim kena turun dalam perhimpunan yang dianjurkan untuk melihat sendiri perkara sebenar yang berlaku. Bukti dah ada...takkan hakim masih buta lagi kot.

Himpunan bantah gst 1 Mei - Satu lagi himpunan sia-sia

Saksikan gambar-gambar di sekitar Dataran Merdeka semasa berlangsung Himpunan Bantah GST.
Satu himpunan yang sia-sia dan tiada manafaat kerana tiada impak dan kesan terhadap kerajaan BN. Tema 'Gasak Sampai Tumbang' hanya kepada mereka yang hadir kerana tumbang dirumah setelah kepenatan mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat yang kemaruk kuasa.