Wednesday 21 January 2015

Pasma Barua DAP

PasMa sememangnya barua DAP...oleh kerana itu PAS harus memikirkan semula tahaluf siyasinya di antara rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Jika dulu PAS dipergunakan DAP dalam setiap pilihan raya yang dihadapi tetapi pilihanraya akan datang pasti PAS akan dipinggirkan kerana DAP sudah ada budak suruhan yang baru.

PasMa kini sedang mengatur strategi untuk memperluaskan lagi pengaruhnya di kalangan ahli-ahli PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin ulama. Malah dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, PasMa lantang mengutuk PAS dan pemimpinnya yang tidak sehaluan dengan perancangan DAP hingga ada yang berani mendakwa PAS sebuah parti politik yang ekstrem. Tidak dinafikan sebahagian ahli dan pemimpin PasMa ini merupakan ahli asal PAS namun disebabkan mata duitan serta gila jawatan mereka sanggup keluar parti tetapi dalam masa yang sama menjadi barua kepada DAP.

Jika PAS sebuah parti yang bijak mereka perlu mengambil langkah segera memutuskan hubungan di antara DAP yang sering mempersoalkan setiap tindak tanduk PAS. Mereka harus bertindak sebelum tersungkur akibat ditendang oleh DAP dan rakan sekongkol yang baru iaitu PasMa. Persoalannya beranikah PAS bertindak sedemikian?


No comments:

Post a Comment