Himpunan Kebangkitan Rakyat (kononnya) pada 12 JAN 2013 tidaklah mencapai matlamat utama sepertimana yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat. 1 juta rakyat berhimpun....hahaha tagline ni memang sudah sebati pada Pakatan Rakyat. Sejak perhimpunan BERSIH 1.0 lagi mereka telah mensasarkan 100 ribu rakyat berhimpun tetapi hakikatnya suku daripada jumlah tersebut pun tidak tercapai. Setiap apa yang diimpikan Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong dan tidak menjanjikan sepertimana yang diperkatakan. Begitu juga dengan 8 tuntutan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang boleh dipersoalkan :-
Tuntutan 1 - Menuntut Pilihan raya Adil & Bersih
SPR telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. Semasa PRU ke-12 dahulu PR telah menang 5 negeri tetapi tidak pula mereka pertikai SPR. Ini semua sebagai satu perancangan rapi untuk menuduh SPR sekiranya mereka tewas PRU ke13 nanti. Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia menolak PR.
Tuntutan 2 - Bebaskan tahanan ISA
Setiap tahanan yang ditahan di bawah ISA mesti mempunyai sebab tertentu yang boleh mengancam keselamatan negara. Bagi mereka yang tak faham undang-undang digalakkan baca dulu akta tersebut dan fahaminya. ISA digubal bagi mengekang setiap ancaman terhadap rakyat dan negara. Ia juga merupakan undang-undang pencegahan bagi setiap ancaman. Aku tak pernah pula dengar mereka yang ditahan di bawah ISA mati semasa dalam tahanan, malah kem kamunting juga bukanlah penjara untuk menghukum seseorang sebaliknya dianggap pusat rehabilitasi bagi seseorang tahanan. Pernah berjumpa dengan seorang tahanan ISA kerana penglibatannya dengan al-arqam dan dia menjelaskan begitu bersyukur kerana dapat kembali ke pangkuan masyarakat setelah sesat dengan ajaran ashaari muhammad.
Tuntutan 3 - Martabatkan bahasa Ibunda
Rasanya hasrat ini telah lama dijunjung oleh Kerajaan BN, malah bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi negara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Negara. Di sekolah juga ada hari Bahasa Melayu malah Kerajaan juga menyokong sepenuhnya dengan mewujudkan bulan bahasa. Tetapi yang menjadi masalahnya apabila rakyat kita sendiri tidak mengagungkan bahasa Melayu dalam perbualan harian. Harus diingat bahasa melayu lambang perpaduan negara!!
Tuntutan 4 - Menuntut pendidikan percuma
cakap memang senang....kalau boleh semua orang nak percuma. Tapi PR yang memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak pula laksanakan pendidikan percuma untuk anak-anak tempatan. Kenapa tidak dilakukan di UNISEL dahulu????Cakap tak serupa bikin!!!
Tuntutan 5 - Selamatkan kampung Warisan & Tradisi
Tak payah cakap banyak....Insiden perobohan kampung buah pala....siapa yang jahanamkan??dah tentu la Kerajaan ostat LIM Guan Eng selaku Ketua menteri Pulau Pinang yang berkuasa. Selesaikan masalah sendiri dahulu baru boleh cakap!!
Tuntutan 6 - Selamatkan Alam Sekitar
Ini satu lagi retorik PR....Cakap tak serupa bikin!!! Apa jadi dengan Hutan Pedu di Kedah yang semakin gondol akibat ditebang balaknya??Kerakusan orang-orang PAS sememangnya tidak boleh dinafikan lagi...balak ambil sikit-sikit udah la....ini habis semua pokok ditebangnya sampai ke puncak bukit.
Tuntutan 7 - Pulangkan Royalti Minyak Kelantan
Rasanya PM telah bentangkan dan terangkan di parlimen yang Kelantan tidak ada hak untuk membuat tuntutan royalti minyak tetapi atas keprihatinan PM, kelantan diberi wang ihsan bagi membantu pembangunan rakyat Kelantan.
Tuntutan 8 - Selamatkan FELDA
Kepentingan penduduk FELDA sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan. kini rata-rata masyarakat FELDA sudah memiliki rumah banglo, kenderaan, tanah dan pelbagai insentif yang diberikan Kerajaan. Malah ramai anak-anak FELDA yang berjaya. Apa lagi yang nak diselamatkan....golongan yang membuat tuntutan itu sendiri bolehlah digelar tidak bersyukur!!
PAKATAN RAKYAT = PARTI KENCING/PARTI CAKAP TAK SERUPA BIKIN
No comments:
Post a Comment