Tuesday, 6 September 2011

MAT SABU DAN KOMUNIS


Apa nak jadi dengan mamat sabun ni...buta sejarah ke apa??aku rasa dia ni tak minat subjek sejarah masa sekolah dulu. Atau mungkin dia ni Ejen komunis....Komunis Alaf Baru (KAB).  Kenapa la nak banggakan sangat dengan mat indera tu..agaknya sebab nama depan pun mat juga kot.  Pikir cara logik la...kalau betul la mat indera seorang pejuang kebangsaan/negara yang tulen nak membebaskan negara dari penjajah British sepatutnya yang diperangi adalah darah mat saleh tu dan bukannnya pejuang melayu islam yang mempertahankan Balai Bukit Kepong.  Kalau dikaji balik sejarahnya pun...komunis yang menentang British ketika itupun bukannya berhasrat untuk membebaskan Malaya tetapi menguasainya dan berpaksikan pada pemerintahan Parti Komunis di negara China.  Ini le susahnya kalau ideologi dah melekat kat dalam otak nak dikikis pun dah tak boleh.  Wongiler harap mamat sabun berani mengakui kesilapannya dan mohon maaf pada waris mangsa yang terkorban sewaktu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Hargailah jasa-jasa pahlawan dan pembela negara yang membebaskan negara dari terus dijajah. Tanpa mereka ini kita mungkin tidak dapat mengecapi atau mengetahui erti kebebasan dan kemerdekaan sebenar. 

2 comments:

  1. Mat Sabun ni mana tau sejarah sgt pun. Bodoh, klau tak takkan belajaq sekerat jalan je kat ITM dulu tu. Kira kelulusan SPM ja la ni. Klau fikiran dah dikuasai kepentingan politik jdi cmtu la so aku x heran beb tindak tanduk dia jdi lagu tu. Cakap mmng la pandai aku xnafikan kebolehan dia tapi xdak fakta yilekkkk pocikkk. Cakap xserupa bikin canang merata juai ayaq liuq ja la dia tu tapisatu habuk pun tarak. Maki hamun sana sini xingat dosa ka? Opssss aku lupa mana dia tau dosa pahala, kan dia dulu hampir2 kantoi kes tangkap khalwat, terlepas pun sebab teknikal case ja, bukan bermakna dia xbuat benda cmtu, aku x heran perangai dia. Klau tak pasai apa dia kata "no komen"bila wartawan tanya dia ttng rakaman telefon dia dgn Normah bini org tu yg amat2 romantik & lucah, eiiii geli seram sejuk aku dgaq. Mana ingat dosa pahala bro.

    ReplyDelete
  2. Salam sedara/sedari ...

    Antara ucapan MAT SABU dlm ceramahnya pada 21 Ogos 2011 di Tasek Gelugor, PENANG:-

    "Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno…sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni…anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika…lagu negaraku pulak…lagu Hawai…kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia…kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak…hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak…ini lagu Terang Bulan di Indonesia…ini lagu Negaraku…hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun…sebab tu kita harap…takpalah dah guna pakai nak buat macamana…

    tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena…bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong…Bukit Kepong polis itu…polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan…ketuanya Mat Indera…Melayu…tetapi semua sejarah itu ditutup…Jins Samsudin buat filem…Jins Samsudin tu umno…cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera…ketua penyerang balai polis itu…dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping …

    Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British…tapi sebelum British nak…nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka…bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

    Semua sejarah negara kita mohong…bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu…rupanya cikgu tu mohong kita…cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia…jadi, depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian…jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian…sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat…siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis…semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…

    Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie…boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa…bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman…ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka…pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British…".

    ReplyDelete