Rasanya masih belum terlambat untuk wongiler ucapkan selamat hari raya buat semua muslimin dan musliman yang menyambut 1 syawal tempohari. Bahang raya masih lagi terasa...apa tidaknya selepas warga kota pulang ke kampung kini tiba pula persiapan untuk rumah terbuka terutamanya bagi warga kota yang belum berkesempatan untuk menyambut aidilfitri bersama sahabat handai dan teman-teman sekerja. Rasanya elok diperhebatkan lagi amalan kunjung-mengunjung dan tradisi rumah terbuka ini. Lebih-lebih lagi sejak-sejak akhir ini timbul isu-isu yang menimbulkan prasangka buruk antara kaum dan agama. Ambillah peluang mengeratkan lagi hubungan sesama manusia....kukuhkan perpaduan dan jauhkan dari prasangka serta niat buruk yang boleh menjatuhkan ummah serta negara bangsa. SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN...
No comments:
Post a Comment