Thursday 12 April 2012

MANSUH PTPTN ??AGENDA ANWAR MEROSAKKAN NEGARA



Tertarik dengan pejuangan segelintir anak muda yang menggelarkan diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia yang berhasrat tinggi untuk mengadakan perhimpunan mansuhkan PTPTN.  Ini satu kejayaan bagi Pakatan Rakyat yang berjaya memanipulasikan student-student yang tak berapa cerdik pandai dalam pelajaran tapi bijak dalam berpolitik.  Akibatnya pengaruh demonstrasi jalanan kini menjadi agenda utama untuk golongan ini menyatakan ketidakpuasan hati mereka dalam sesuatu isu.  Makin bertambah la jawabnya golongan-golongan kurang cerdik ni menjadi wakil rakyat satu hari nanti.  Mereka ni harapkan populariti boleh la tapi bila bab menguruskan hal negara....alamatnya hancuss dan tergadailah negara ni nanti.

Pak Anwar punya pasal...semua anak didik pun ikut menurut.  Agaknya Anwar kini semakin kekeringan idea yang bernas untuk memajukan ekonomi negara. Seperti juga cadangannya untuk mengurangkan harga minyak sejurus menjadi Perdana Menteri, semua idenya tidak berlandaskan kepada fakta dan penilaian yang teliti berkaitan ekonomi negara. Boleh tergadai negara kalau Anwar memerintah negara.  Anwar, Penasih Ekonomi Selangor kata...hasil jualan minyak dan lain-lain cukai pendapatan negara boleh menampung hutang bebanan bagi memansuhkan PTPTN.  Anwar yang berkawan rapat dengan Recep Tayyib Erdogan, PM Turki dakwa negara Turki mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun negara tersebut tidak punyai sumber minyak sebagai pendapatan.  Tapi Anwar tak pernah pulak sebut yang Turki adalah sebuah negara yang harga minyak paling tinggi di dunia dan rakyat Turki hidup dalam tertekan akibat kenaikan harga minyak yang mendadak.  Aku rasa daripada rakyat rasa beban untuk bayar harga minyak yang tinggi lebih baik hanya segelintir daripada rakyat merasa beban untuk bayar hutang PTPTN.  Lagipun Kerajaan kini sudah cukup prihatin dengan mengenakan hanya 1 peratus interest daripada pinjaman yang dikenakan.  Cukup berbaloi.....bagi student-student yang pernah buat pinjaman...peringatan untuk anda...janganlah kerana retorik pembangkang untuk mansuhkan PTPTN masa hadapan anda pula tergadai.  Pakatan Rakyat hanya pandai bermain kata-kata tapi hakikatnya nak menguruskan negeri yang diperintah pun masih belum mampu.   Cadangan menghapuskan PTPTN dan menurunkan harga minyak hanya mencerminkan minda seorang pemimpin pembangkang yang gagal dalam serba serbi - moral, akhlak, peribadi dan keikhlasan membela rakyat. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mundur dan jauh daripada mencapai status negara maju jika Anwar mengurus ekonomi negara.