Tuesday 27 January 2015

Guan Eng semakin berani cabar PAS

LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang semakin berani mencabar PAS apabila beliau dalam kenyataannya yang dipetik akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Jan 2015 membidas Kerajaan PAS Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri l lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawab semasa musibah banjir yang melanda di negeri tersebut. Katanya, semasa banjir besar berlaku, seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Dia juga mendakwa Kerajaan negeri yang ditadbir PAS hanya lepas tangan dan tidak tahu mengambil sebarang langkah  untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. LIM Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam. Sumber dari akhbar Sin Chew Daily.

Friday 23 January 2015

8 sebab rakyat Sabah perlu tolak SSKM

Rakyat Sabah dan Sarawak anda perlu tolak gerakan SSKM ini atas sebab :-

1.  SSKM tipu anda semua kerana SSKM/SSU(UK) mengunakan satu ID=100002693161385 atas nama Christe (J Jokinol), Doris Jones dan Marie Calistus.

2.  Pergerakan SSKM sebenarnya adalah pergerakan haram. Ini berikutan tiada sebarang mandat atau power of attorney (POA) untuk mewakili Sabah dan Sarawak dalam membuat sebarang tuntutan.

3.  Tanpa POA, International Court of  Justice (ICJ) akan menolak 100 peratus pendakwaan terhadap Malaysia.

4.  SSKM tidak mempunyai 'locus standi' yang telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dan Mahkamah Tinggi Borneo (Sabah dan Sarawak).

5.  SSKM tidak berdaftar di Malaysia dan beroperasi secara haram dan melanggar perundangan antarabangsa di mana SSU(UK) tidak mendapat kebenaran khas bagi aktiviti petisyen di Malaysia.

6.  SSKM/SSU(UK) tidak ada sebarang kebenaran atau arahan bertulis daripada ICJ/PBB pun untuk membenarkan petisyen di buat di Sabah dan sarawak yang bertujuan untuk pendakwaan.

7.  Adalah sah bahawa tindakan SSKM/SSU(UK) adalah satu tindakan penipuan dan pembohongan dan semua tindakan ini didalangi pihak-pihak tertentu  yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat Sabah dan Sarawak seolah-olah pergerakan itu adalah pergerakan rasmi!

8.  SSKM/SSU(UK) yang disokong oleh UBF (United Borneo Front) pimpinan Dr Jeffery G Kitingan, sebenarnya merupakan dalang dibelakang SSKM/SSU(UK). Sebenarnya, penggerak utama adalah seseorang yang bernama J Jokinol yang menjadikan nama Doris jones sebagai perisai atas kepercayaan bahawa seorang wanita boleh mencapai hasrat mereka.

Terpulang dengan anda semua sama ada ingin percaya atau tidak. Rakyat Malaysia perlu bersatu jangan jadikan mereka ini sebagai punca perpecahan perpaduan yang kita bina selama ini. Tolak SSKM...junjung perpaduan !!

Wednesday 21 January 2015

Pasma Barua DAP

PasMa sememangnya barua DAP...oleh kerana itu PAS harus memikirkan semula tahaluf siyasinya di antara rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Jika dulu PAS dipergunakan DAP dalam setiap pilihan raya yang dihadapi tetapi pilihanraya akan datang pasti PAS akan dipinggirkan kerana DAP sudah ada budak suruhan yang baru.

PasMa kini sedang mengatur strategi untuk memperluaskan lagi pengaruhnya di kalangan ahli-ahli PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin ulama. Malah dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, PasMa lantang mengutuk PAS dan pemimpinnya yang tidak sehaluan dengan perancangan DAP hingga ada yang berani mendakwa PAS sebuah parti politik yang ekstrem. Tidak dinafikan sebahagian ahli dan pemimpin PasMa ini merupakan ahli asal PAS namun disebabkan mata duitan serta gila jawatan mereka sanggup keluar parti tetapi dalam masa yang sama menjadi barua kepada DAP.

Jika PAS sebuah parti yang bijak mereka perlu mengambil langkah segera memutuskan hubungan di antara DAP yang sering mempersoalkan setiap tindak tanduk PAS. Mereka harus bertindak sebelum tersungkur akibat ditendang oleh DAP dan rakan sekongkol yang baru iaitu PasMa. Persoalannya beranikah PAS bertindak sedemikian?