Thursday 29 September 2011

AZMIN ALI DAN PAKATAN TOLAK UNDANG-UNDANG BARU GANTI ISA


Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

NONEPendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.

Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.

Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.

Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat.

Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis.

Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara.

sumber dari malaysiakini

WONGILER kata :  Senang betul mamat Azmin ni cakap tak payah ada undang-undang ganti ISA.  Undang-undang ISA tu kan preventive law....kalau dulu tak de undang-undang macam ni tak aman la jawabnya malaysia ni.  Sudah le tak setuju dengan undang-undang baru yang nak di buat lepas tu ada hati pulak nak join rangka undang-undang.  Malaysia ni dah ramai pakar undang-undang, korang parti pembangkang ni semuanya ahli politik tak payah masuk campur.  Lagi satu ada hati pulak nak reformasikan pasukan polis!!! apa cite ni??? tak cukup wibawa dan tak bagus lagikah polis kita ni menangani ancaman?? 

Wednesday 21 September 2011

WONGILER: SEDARLAH WAHAI MELAYU...

WONGILER: SEDARLAH WAHAI MELAYU...: Pendedahan kedua Musa Ahmad dengan modus operandi komunis untuk perintah negara. Bagi bangsa Melayu hayatilah setiap baris patah perkataan...

Tuesday 20 September 2011

SEDARLAH WAHAI MELAYU...


Pendedahan kedua Musa Ahmad dengan modus operandi komunis untuk perintah negara.  Bagi bangsa Melayu hayatilah setiap baris patah perkataan Musa Ahmad ini....salah satu parti berteraskan kaum cina di negara ini menggunakan kaedah komunis.  Terbukti sewaktu Pilihanraya Sarawak tempoh hari apabila kawasan majoriti kaum Cina dengan mudah dapat dikuasai oleh parti tersebut.  Kaum Cina kini telah bersatu...bila pula orang Melayu??? Pikir-pikirkanlah...tanahair ini pada asalnya adalah tanah melayu....toleransi yang kita tonjolkan telah menjadikan sebuah bangsa Malaysia kini.  Pertahankan apa yang ada....Jangan sampai maruah bangsa, agama dan negara tergadai.

WONGILER Kata : Pemimpin DAP kata akan tukar bendera jalur gemilang bila memerintah.  Rasanya banyak lagi yang diaorang akan tukar bila dah memerintah negara ini. 

Thursday 15 September 2011

ISA DIMANSUHKAN




Terkejut ke??..korang rasa kenapa najib ambil tindakan sedemikian....ada muslihat ke di sebalik keputusan yang dibuat atau memang kerajaan dah kaji masak-masak nak mansuhkan akta ISA ni...kita tunggu dan lihat lepas ni akta baru yang dikata akan digubal tu. Bagi mereka yang berdoa siang malam agar akta ni dimansuhkan aku ucapkan tahniah dan bagi puak-puak yang dulunya berkobar-kobar pertahankan akta ni...korang renung-renungkan la ye....

http://www.malaysiakini.com/news/175950

Wednesday 14 September 2011

BEZA PERJUANGAN PAS DAN KOMUNIS


Kalau diamati dari pendedahan Musa Ahmad, Pengerusi PKM ni...macam kena sangat dengan perjuangan PAS sekarang ni.  Patut la Mat Sabun tu agung-agungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan kononnya komunis tu hero sebenar dalam peristiwa bukit kepong.  Korang pikir le sendiri...

WONGILER: KHUTBAH JUMAAT ATAU CERAMAH POLITIK ???

WONGILER: KHUTBAH JUMAAT ATAU CERAMAH POLITIK ???: BIADAP: Khutbah Jumaat sokong komunis Mat Syabu !!! Banyak pihak kesal dengan kebiadapan pembangkang yang terus mempergunakan...

Tuesday 13 September 2011

KHUTBAH JUMAAT ATAU CERAMAH POLITIK ???

 

BIADAP: Khutbah Jumaat sokong komunis Mat Syabu !!!

Banyak pihak kesal dengan kebiadapan pembangkang yang terus mempergunakan masjid sebagai gelanggang politik mereka sekaligus engkar dengan arahan dan sengaja mahu mencabar arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana pihak mempergunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik yang bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata, kebiadapan khatib yang membaca khutbah Jumaat di Masjid As Salam, Bukit Sentosa, Ustaz Mohd Naim Mohd Hashim yang baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan jemaah yang hadir, kerana khutbahnya mampu memecah-belahkan umat Islam di kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

“Antara yang diungkapkan dalam khutbahnya ialah menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berhubung isu perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Khatib juga menyatakan tokoh-tokoh seperti Tuanku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak sebagai tidak perlu diagung-agungkan sebagai tokoh kemerdekaan kerana mereka merupakan anak buah penjajah.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Hulu Selangor telah bersama salah seorang kariah Masjid As Salam, Bukit Sentosa untuk membuat laporan polis berhubungan tindakan Ustaz Mohd Naim semalam, kami mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan terperinci agar perkara sebegini tidak lagi berulang,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dalam masa yang sama, khutbah Jumaat Ustaz Mohd Naim turut usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh merosakkan minda dan pegangan umat Islam dan generasi muda hari ini melalui pengisian makna kemerdekaan.

“Dia turut menuduh kerajaan BN kononnya bersekongkol dengan Yahudi dengan mengamalkan dasar melalaikan umat Islam seperti hiburan melampau, ketagihan dadah dan perjudian.

“Dia turut mengatakan dasar kerajaan BN yang tidak sesuai diikuti penduduk Islam sambil membidas penerapan konsep ‘merdekaraya’ yang didakwa melanggar hukum syarak. Khutbahnya juga mengajak menjatuhkan kerajaan BN kerana dikatakan diwariskan daripada penjajah,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, laporan polis oleh penduduk dan kariah Masjid As Salam dibuat kerana mereka tersinggung dengan perkara-perkara yang dituturkan oleh khatib tersebut yang terang-terangan berbaur politik dan melanggah titah DYMM Sultan Selangor supaya masjid-mashid dan surau serta khutbah Jumaat tidak dipolitikkan sebagaimana surat pekeliling rujukan (64) dalam. Pej. DYMM. Sul. Sel.M/3/01. Jld 18 bertarikh 30 Ogos 2010.

“Khutbah tersebut juga turut melanggar arahan JAIS kepada semua Nazir seluruh negeri Selangor atas isu yang sama rujukan JAI.SEL.BPM/01/006/2(65) bertarikh 9 Ogos 2011.

“Saya difahamkan bahawa khatib ini telah lama mengadakan ceramah di Masjid As Salam dan surau-surau di seluruh kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Pemuda UMNO Hulu Selangor mohon pihak berkuasa membuat satu siasatan dan tindakan ke atas Ustaz Mohd Naim dan juga mana-mana AJK Masjid Bukit Sentosa yang terlibat dengan membenarkan khutbah berbaur politik dan fitnah ini,” ujarnya.
WONGILER kata :  Satu lagi peristiwa mimbar masjid disalahguna oleh golongan pengkhianat bangsa dan agama.  Walaupun titah DYMM Sultan Selangor dan arahan oleh JAIS telah dikeluarkan agar khutbah jumaat tidak boleh dipolitikkan tetapi nampaknya mereka ini seperti mencabar kedaulatan tuanku dan undang-undang.  Mereka ini layak digelar penderhaka.

Friday 9 September 2011

PARTI KOMUNIS MALAYA AKUI UMNO PENCETUS KEMERDEKAAN

u

Mungkin ada yang tidak kenal dan tidak kurang juga yang sudah lupa pada Musa Ahmad.  Beliau merupakan Pengerusi Parti Komunis Malaya atau PKM sejak akhir tahun 1955.  Dilahirkan pada tahun 1921 di Pengkalan Bahru, Ipoh, Perak dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tempatan dan Sekolah Lanjutan Anglo Chinese atau Anglo-Chinese Continuation School Pulau Pinang.  Beliau juga pernah mendapat didikan agama di Sekolah Ugama Al-Mashor, Pulau Pinang dari tahun 1934 hingga 1941.  RTM pernah menemubual beliau pada 6 Jan 1981 selepas di bawa pulang dari negara China setelah bergelumang dengan perjuangan parti Komunis selama lebih kurang 30 tahun.  Berikut adalah beberapa petikan daripada temubual yang telah dibukukan dalam buku bertajuk "Akhirnya Berpijak Di Bumi Nyata"


Dalam buku ini, beliau menyatakan tertarik kepada pejuangan nasionalis orang-orang Melayu di atas galakan guru bernama Mat Saman bin Zain dan menyertai Kesatuan Melayu Muda yang juga merupakan pertubuhan nasionalis Melayu yang wujud sebelum perang.  Pada tahun 1945 dan 1946 beliau telah diarahkan mengikuti kelas-kelas indoktrinasi politik anjuran PKM anjuran tokoh-tokoh seperti Mokhtaruddin Lasso dan Abdullah C.D. yang bergiat cergas mendapatkan sokongan orang-orang melayu bagi menyokong perjuangan PKM. 

Pada tahun 1948, beliau diarahkan oleh Abdullah C.D pergi ke Temerloh untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dengan menjalankan propaganda komunis bertujuan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintahan Inggeris.  Semasa di Temerloh, beliau diberitahu oleh Abdullah C.D. tentang hasrat PKM untuk merampas kuasa dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.  Pada waktu itu juga beliau dikatakan pertama kali bertemu dengan Chin Peng, Setiausaha Agong PKM yang mengarahkan supaya Rejimen 10 ditubuhkan khusus untuk pengganas-pengganas Komunis Melayu dan Abdullah C.D. dilantik sebagai komander.

Sebelum Rundingan Baling diadakan pada Dis 1955, PKM telah melantik Musa Ahmad sebagai Pengerusi PKM .  Dalam temubual tersebut, Musa Ahmad menjelaskan pada awal tahun 1955, pucuk pimpinan PKM sedar bahawa perjuangan bersenjata telah gagal dan mengakui UMNO sebagai peranan utama dalam mencapai kemerdekaan.   Justeru, pucuk pimpinan PKM telah mengambil keputusan untuk memulakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman bagi membuktikan PKM berjuang untuk kepentingan semua kaum.  Nantikan pendedahan beliau seterusnya... 

WONGILER kata : Ni bekas Pengerusi PKM sendiri yang akui....masih ada lagikah mereka di luar sana yang ingin menyalak kata komunis pejuang kemerdekaan.  Komunis gagal dipersimpangan jalan...kerana bukan semua rakyat Malaya ketika itu menyokong perjuangan mereka.

Wednesday 7 September 2011

SIAPA MUSA AHMAD ?

Siapa MUSA AHMAD?? pejuang kemerdekaan, nasionalis, penentang penjajah atau seorang lelaki berbangsa melayu yang terpedaya dengan gerakan pembebasan negara dari penjajah a.k.a. Parti Komunis Malaya (PKM). 
 

LAGI KISAH MAT SABU...BUTA SEJARAH

Editor buku tempelak Mat Sabu Bintang 3 putar belitkan " Pengukir Nama Johor"!

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu Bintang 3 cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.
http://belantan.blogspot.com/2011/09/editor-buku-tempelak-mat-sabu-bintang-3.html

WONGILER kata : Mat Sabun memang kaki belit/tipu.
  • Tipu kena langgar semasa demo Bersih 2.O
  • Tipu bil rawatan hospital
  • Tipu komunis adalah pejuang kemerdekaan
  • Tipu keuarga peristiwa Bukit Kepong
  • Akan tipu lagi....tunggu dan saksikan... Sepanjang masa menipu.

MAT INDERA - NASIONALIS ATAU PENGGANAS KOMUNIS??

Adik: Mat Indera bukan anggota PKM
Jimadie Shah Othman | Sep 7, 11 2:39pm
 

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera juga bukan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya. Baharum Shah Indera, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini. "Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Johan ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM. Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Johan mahukan semua pihak, termasuk kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya. "Segerakan penyiasatan, bawa sejarahwan kaji," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

http://www.malaysiakini.com/bm/

WONGILER kata : Mat Indera boleh dikategorikan sebagai pejuang kemerdekaan...tetapi dalam peristiwa Bukit Kepong dia telah membantu komunis untuk menyerang anggota Polis yang bertugas. Jadi Mat Indera boleh dikategorikan berfahaman komunis dan sebagai petualang negara dalam peristiwa ini.

Tuesday 6 September 2011

MAT SABU DAN KOMUNIS


Apa nak jadi dengan mamat sabun ni...buta sejarah ke apa??aku rasa dia ni tak minat subjek sejarah masa sekolah dulu. Atau mungkin dia ni Ejen komunis....Komunis Alaf Baru (KAB).  Kenapa la nak banggakan sangat dengan mat indera tu..agaknya sebab nama depan pun mat juga kot.  Pikir cara logik la...kalau betul la mat indera seorang pejuang kebangsaan/negara yang tulen nak membebaskan negara dari penjajah British sepatutnya yang diperangi adalah darah mat saleh tu dan bukannnya pejuang melayu islam yang mempertahankan Balai Bukit Kepong.  Kalau dikaji balik sejarahnya pun...komunis yang menentang British ketika itupun bukannya berhasrat untuk membebaskan Malaya tetapi menguasainya dan berpaksikan pada pemerintahan Parti Komunis di negara China.  Ini le susahnya kalau ideologi dah melekat kat dalam otak nak dikikis pun dah tak boleh.  Wongiler harap mamat sabun berani mengakui kesilapannya dan mohon maaf pada waris mangsa yang terkorban sewaktu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Hargailah jasa-jasa pahlawan dan pembela negara yang membebaskan negara dari terus dijajah. Tanpa mereka ini kita mungkin tidak dapat mengecapi atau mengetahui erti kebebasan dan kemerdekaan sebenar. 

SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

Rasanya masih belum terlambat untuk wongiler ucapkan selamat hari raya buat semua muslimin dan musliman yang menyambut 1 syawal tempohari.  Bahang raya masih lagi terasa...apa tidaknya selepas warga kota pulang ke kampung kini tiba pula persiapan untuk rumah terbuka terutamanya bagi warga kota yang belum berkesempatan untuk menyambut aidilfitri bersama sahabat handai dan teman-teman sekerja.  Rasanya elok diperhebatkan lagi amalan kunjung-mengunjung dan tradisi rumah terbuka ini.  Lebih-lebih lagi sejak-sejak akhir ini timbul isu-isu yang menimbulkan prasangka buruk antara kaum dan agama.  Ambillah peluang mengeratkan lagi hubungan sesama manusia....kukuhkan perpaduan dan jauhkan dari prasangka serta niat buruk yang boleh menjatuhkan ummah serta negara bangsa.  SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN...