Thursday 29 September 2011

AZMIN ALI DAN PAKATAN TOLAK UNDANG-UNDANG BARU GANTI ISA


Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

NONEPendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.

Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.

Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.

Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat.

Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis.

Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara.

sumber dari malaysiakini

WONGILER kata :  Senang betul mamat Azmin ni cakap tak payah ada undang-undang ganti ISA.  Undang-undang ISA tu kan preventive law....kalau dulu tak de undang-undang macam ni tak aman la jawabnya malaysia ni.  Sudah le tak setuju dengan undang-undang baru yang nak di buat lepas tu ada hati pulak nak join rangka undang-undang.  Malaysia ni dah ramai pakar undang-undang, korang parti pembangkang ni semuanya ahli politik tak payah masuk campur.  Lagi satu ada hati pulak nak reformasikan pasukan polis!!! apa cite ni??? tak cukup wibawa dan tak bagus lagikah polis kita ni menangani ancaman?? 

No comments:

Post a Comment