Wednesday 7 September 2011

MAT INDERA - NASIONALIS ATAU PENGGANAS KOMUNIS??

Adik: Mat Indera bukan anggota PKM
Jimadie Shah Othman | Sep 7, 11 2:39pm
 

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera juga bukan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya. Baharum Shah Indera, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini. "Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Johan ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM. Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Johan mahukan semua pihak, termasuk kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya. "Segerakan penyiasatan, bawa sejarahwan kaji," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

http://www.malaysiakini.com/bm/

WONGILER kata : Mat Indera boleh dikategorikan sebagai pejuang kemerdekaan...tetapi dalam peristiwa Bukit Kepong dia telah membantu komunis untuk menyerang anggota Polis yang bertugas. Jadi Mat Indera boleh dikategorikan berfahaman komunis dan sebagai petualang negara dalam peristiwa ini.

4 comments:

  1. Salam...

    Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sendiri pernah mengakui serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong sememangnya diketuai Ahmad Indera yang menurut Timbalan Presiden PAS, MAT SABU seharusnya turut dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

    Dalam satu dialog di sebuah universiti di Australia pada tahun 1999 yang dihadiri Chin Peng, dia dedahkan bahawa Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai "Mat Indera" merupakan pemimpin utama PKM di Johor.

    Renung2kanlah ini fakta bukan auta...jgn dipolitikkan sejarah

    ReplyDelete
  2. Salam... Rujukan Tambahan

    Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ingin tahu dari mana penulis biografi Mat Indera, Ismail Adnan dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’, memperoleh sumber dan kesahihannya.

    Menurutnya, jika latar belakang penulis tidak dikaji, maka sesiapa sahaja boleh menulis buku-buku sejarah hanya berdasarkan kepada interpretasi mereka sendiri tanpa sebarang latihan dan kelulusan.

    “Sekarang sudah tahun 2011, bukannya 1950, adakah orang ramai masih ingat apa yang berlaku pada waktu tersebut dan apa ertinya komunis?

    “Kita perlu tahu dari mana bahan itu diambil, sama ada dari sumber persendirian atau lain-lain, bukannya ambil sesuka hati sahaja,” katanya semalam.

    Sementara itu, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam pula menyifatkan penulis biodata Mat Indera dalam buku tersebut mendapatkan bahan daripada sumber tidak rasmi, contohnya lisan dan sumber yang belum disahkan kesahihannya.

    Ditanya sama ada penyampaian lisan ini boleh jadi benar, Ramlah tidak menolak kemungkinan tersebut, tetapi menjelaskan penyampaian lisan ini selalunya cenderung kepada interpretasi si penyampai dan rekod sahih masih diperlukan untuk membuktikannya.

    “Penulis biodata Mat Indera, Ismail Adnan bukannya seorang pengkaji. Sebenarnya tidak banyak rujukan mengenai Mat Indera. Apa yang kita tahu beliau anggota komunis daerah di Johor yang dianggotai kira-kira 250 orang.

    “Dalam kebanyakan buku sejarah, nama Mat Indera memang dikaitkan sebagai seorang komunis dan beliau juga bukanlah nama besar dalam pergerakan tersebut,” katanya.

    Ramlah turut mempersoalkan kenapa Mat Sabu boleh mengangkat nama Mat Indera sebagai wira, sedangkan beliau terlibat dalam serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

    “Panggilan wira mestilah kepada seseorang yang telah berjuang dan memberi kesan positif kepada masyarakat, bukannya dipanggil wira kerana membunuh orang lain. Lagipun dari segi sejarah komunis di negara kita memang dianggap sebagai pengganas kerana telah membunuh beribu orang,” katanya.

    Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripada mereka ialah Mat Indera.

    Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis. Biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn.

    Buku ini disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

    Wsalam...

    ReplyDelete
  3. Blog Wak Long@Man kata:-

    Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pernah mengakui dan mengesahkan bahawa serangan pengganas di Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang juga seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.Perkara itu diceritakan sendiri oleh pemimpin komunis paling berpengaruh itu di hadapan para cendekiawan dalam satu dialog yang diadakan di sebuah universiti terkemuka di Canberra,Australia pada 22 dan 23 Feb 1999.

    "Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat,Muar, Segamat,Tangkak dan seluruh Melaka.Ini bukan cerita yang dikutip di tepi jalan,tetapi disahkan oleh Chin Peng kerana baginya untuk menjadi pengganas mereka mesti menjadi komunis".

    So, dakwaan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu @ signifikannya "Abg Mat Sapu" yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan,tidak benar dan tidak berasas.

    Macam manalah Mat Sabu berani kata Mat Indera ini bukan komunis,kenapa Mat Sabu pilih Mat Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong padahal dia tidak kenal siapa itu Mat Indera.

    ReplyDelete
  4. Sikit maklumat pasal Mat Indera dipetik dari wikipedia:-

    Muhammad Indera atau dikenali Mat Indera merupakan pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari British. Mat Indera terkenal kerana operasi serangan ke atas pondok Polis Bukit Kepong. Dia dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat Johor. Boleh cari balik peristiwa Bukit Kepong (pernah difilemkan oleh Jins Samsudin).

    Dalam peperiksaan khas guru guru agama, Mat Indera pernah dianugerahkan butang perak dari Kerajaan Johor kerana kecemerlangannya dalam peperiksaan itu, dia kemudian bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Bandar Pontian Johor.

    Semasa pemerintahan Jepun, dia berniaga beras dan selepas British kembali dia menjadi ketua pengangkut Beras di Pelabuhan Muar.

    Terbabit dalam Politik:

    Mat Indera mula terlibat dlam politik apabila menyertai parti politik haluan kiri Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) anggota Regimen ke 10 Parti Komunis Melaya (PKM), dan matlamatnya untuk membebaskan Malaya dari Inggeris. Dia jugak aktif dalam pergerakan Angkatan Pemuda Insaf(API).

    Apabila British menang, dan kembali ke tanah melayu pihak British mengharamkan API, PKMM dan Angkatan Wanita Sedar (AWS). Mat Indera telah memilih untuk menyertai PKM, gerakan militan komunis yang ganas.

    Tindakan Mat Indera menyertai PKM, terpesong dan berbeza dari haluan kiri yang lain seperti Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad, dan Ibrahim Yaakub yang tidak menyeratai PKM.

    Peristiwa Bukit Kepong:

    Kemuncak penglibatan Mat Indera ialah dalam peristiwa Bukit Kepong di Muar pada 23 Feb 1950, dari beberapa sumber ilmiah, ia menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenunhya dalam serangan di Bukit Kepong.

    Mat Indera aktif dalam pergerakan komunis dan terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Dia banyak sertai gerakan gerila komunis dalam hutan dan aktif dlam kawasan Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong.

    Mat Indera ialah orang yang mengarahkan serangan ke atas Bukit Kepong dan dia adalah pejuang gerila yang paling dikehendaki oleh Inggeris. Pihak Inggeris telah menawarkan $75,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap Mat Indera. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib yang boleh melepaskan diri dari tangkapan.

    Fakta lain: 18 orang anggota polis mati dalam serangan di Bukit Kepong.

    sumber dari wikipedia Penangkapan Mat Indera

    Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.

    Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.

    Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

    Sila buat rujukan di Pusat Sumber terdekat untuk mendapatkan penjelasan dan rujukan yang lebih dipercayai

    Apa agaknya perasaan ahli ahli keluarga pejuang yang terkorban dalam kejadian di Bukit Kepong semasa menentang komunis pada tahun 1950? Sudah pasti perassan mereka tersinggun kerana kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang sebenar kerana menentang Inggeris dan bersekongkol dengan gerila komunis yang kejam.

    Boleh baca balik le sejarah kekejaman gerila komunis kalau ada yang dah lupa, banyak generasi muda zaman sekarang tak minat sejarah.

    Mat Indera Seorang 'Pejuang' tapi Memilih Jalan Yang Salah.

    ReplyDelete