Wednesday 7 September 2011

SIAPA MUSA AHMAD ?

Siapa MUSA AHMAD?? pejuang kemerdekaan, nasionalis, penentang penjajah atau seorang lelaki berbangsa melayu yang terpedaya dengan gerakan pembebasan negara dari penjajah a.k.a. Parti Komunis Malaya (PKM). 
 

7 comments:

  1. Salam saudara

    Mat Sabu perlu diminta membaca sejarah komunis di Tanah Melayu yang didedahkan oleh Musa Ahmad Pengerusi PKM. Apa yang Mat Sabu dan Pakatan Pembangkang buat sekarang adalah mirip sebagaimana yang dibuat oleh komunis sepertimana yang didedahkan oleh Musa Ahmad.
    Barisan Bersatu Komunis yang bergerak sebagai penyebar propaganda komunis menjadi ilhan Pakatan Pembangkang sekarang.

    Satu lagi kalau Chin Peng dikatakan Mat Sabu seorang nasionalis kerana membunuh Hendry Gurney dan peristiwa ini berlaku sebelum merdeka. Bagaimana pula tindakan komunis menembak jatuh helikopter tentera di Gubir yang membunuh ramai askar dan pembunuhan terhadap beberapa pemimpin tertinggi Polis dan Tentera . Semua ini berlaku selepas merdeka. Siapa komunis pada masa itu yang dipimpin oleh Chin Peng. Adakah mereka pejuang kemerdekaan. Kita perlu tanya Mat Sabu perkara ini.

    Kalau Musa Ahmad selaku Pengerusi Parti Komunis Malaya menyatakan komunis bukan pejuang kemerdekaan sebaliknya pejuangan komunis adalah untuk membawa negara ini supaya berkiblatkan dan bernaung dibawah komunis China.

    Jadi apa kelebihan kenyataan Mat Sabu yang perlu diberi perhatian. Beliau tidak lebih dari rakyat Malaysia yang bodoh dan lupa sejarah serta tokoh politik yang muflis agama dan tatasusila Islamnya. Maka PAS sekarang sedang bergerak kearah menentang Islam yang didokong sebagai dasar utama perjuangan parti ini. Oleh itu PAS sekarang adalah parti yang tidak boleh lagi dikisahkan oleh orang-orang Melayu. Perjuangan nya kini bakal merugikan Islam dan orang Melayu. Dan apa lagi yang tinggal dalam PAS kini. Melainkan menjadi Kuda tunggangan pihak yang memerlukan pepecahan orang-oarang Melayu. Dan PAS adalah agennya...

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat saudara. Sejarah adalah fakta yang tidak boleh diubahsuai. Kita perlu mendalaminya untuk mengetahui secara mendalam sesuatu peristiwa. Sejarah adalah asas kepada pembentukkan sesebuah negara.

    ReplyDelete
  3. Saudara sakelian

    Apa yang cuba dilakukan oleh Mat Sabu adalah merbahaya kepada negara. Tindakan beliau ini bukan hanya terikat dalam konteks persaingan politik antara PAS dan UMNO malahan ia menjangkau lebih daripada itu. Beliau cuba mengubah sejarah pembentukan negara bangsa yang sememangnya berlaku begitu. Beliau mahukan sejarah mengikut kehendak beliau dan parti beliau. Tindakan ini amat berbahaya kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. Mat Sabu adalah seorang pelampau.

    ReplyDelete
  4. Mmng tak faham dgn perjuangan PAS skrang ni bila geng2 yg bukan golongan ulamak dan profesional mcm MAT SABU menerajui parti PAS. Ideologi yg perjuang penubuhan Negara Islam lupussss, hilang ntah ke mana. Golongan Pak2 Janggut yg mengaku golongan Ulamak jdi kuda tunggangan dan jdi Ulamak Bisu yg ikut je telunjuk golongan yg xberapa cerdik dlm PAS. Puak2 Anwar & DAP senyum sinis "perjuangan DAP dah berjaya" membodohkan puak2 PAS.

    ReplyDelete
  5. Salam sekalian:-

    Terkini, terbongkar agenda puak2 Anwarinas membohongi rakyat dengan mendakwa komunis adalah sebenarnya pejuang kemerdekaan. Segerombolan Komunis diketuai Mat Indera yang serang Balai Polis Bukit Kepong dgn membunuh dan bakar hidup-hidup anggota polis dan ahli keluarga mereka termasuk anak2 polis dalam peristiwa Bukit Kepong telah dinobatkan sebagai pejuang sebenar? Sementara anggota polis yang bermati-matian pertahankan negara plak dicop sebagai "barua penjajah". Chin Peng, puak2 ni angkat sbg pejuang sebenar, malah aku tak terkejut kalau nanti puak2 Anwarinas dan sekutunya akan berjuang untuk bawa balik bangsat komunis tu dan seterusnya dinobat sebagai pahlawan negara! Fakta sejarah akan diubah dengan memasukkan nama Chin Peng sbg tokoh kemerdekaan negara bersama anggota2 komunis yang lain. Nauzubillah Min Zalik...

    ReplyDelete
  6. Musa Ahmad adalah manusia biasa seperti kita semua yang inginkan negaranya aman dan tenteram... walaupun perjuangan beliau agak tersasar pada mulanya disebabkan pengaruh dan idealogi komunis laknatullah itu, akhirnya beliau tetap kembali ke tanah airnya meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tinggal bersama isteri dan anak-anaknya. Niat di hati beliau hanya ingin membebaskan negara dari penjajah dan membela nasib orang-orang melayu namun disebabkan pengaruh yang kuat dia terjerumus sekali. walaupun begitu, sehingga kini beliau tetap wira dan pejuang di hati saya. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  7. Dan kini mat Sabu adalah menteri pertahanan. Kegilaan apakah ini?

    ReplyDelete