Pada
15 SEP yang lalu kamek berkesempatan naik belon ke Sarawak untuk bersama-sama
rakyat Bintulu menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Tahniah kepada penganjur dan rakyat Sarawak
khususnya penduduk di Bintulu yang berjaya menjalankan aktiviti sambutan dengan
meriahnya. Sepanjang 3 hari dua malam
berada di Bintulu pelbagai cerita kedengaran daripada rakyat Sarawak khususnya
dari kaum pribumi. Dengar cerita masalah
tanah adat (NCR) masih lagi membelenggu masyarakat kaum pribumi Sarawak dan
Kerajaan Negeri Sarawak nampaknya terpaksa akur dengan kebangkitan dan
kesedaran kaum pribumi dalam menuntut hak mereka.
Kamek terus mendalami hati dan perasaan kaum
pribumi ini dan dapat tahu perkembangan ini adalah hasil daripada hasutan yang
bertalu-talu pihak pembangkang melalui radiofreesarawak.org yang semakin
kedengaran walaupun di hutan banat sekalipun.
Bukan itu sahaja, pihak pembangkang juga dikatakan sanggup mengeluarkan
dana untuk membeli dan memberi radio buruk kepada kaum pribumi ini semata-mata
untuk mendengar hasutan yang disiarkan dalam siaran radiofreesarawak. Kalau dah hari-hari dengar hasutan
pembangkang memang terpengaruhlah mereka ini.
Kamek rasa pihak berwajib kena pantau perkembangan ini kerana menjelang pilihan
raya akan datang kedudukan pembangkang di Sarawak akan semakin kukuh dan terus
kukuh di atas tindakan hasutan ini.
bersama alat propaganda pembangkang...radioburuk |
Walaupun kamek tak pandai kelaka bahasa Sarawak apatah lagi
faham apa yang dikelaka dalam radiofreesarawak tetapi berdasarkan cakap-cakap
orang di Sarawak kamek rasa kerajaan Sarawak perlu beri perhatian dan dengar
masalah orang pribumi di Sarawak ni.
Radiofreesarawak memang alat propaganda pembangkang dalam menyampaikan
dakyah-dakyah mereka.
ha..ha..ha..aku kaya...aku kaya... |
Satu
lagi cerita yang lebih menarik, hasil daripada hasutan yang berpanjangan ini,
ia nampaknya telah membuahkan hasil yang cukup lumayan kepada pemimpin
pembangkang di Sarawak…bukan sahaja dalam jangka masa yang panjang tapi juga
jangka pendek. Menurut orang pribumi Sarawak,
sehingga kini sudah lebih 300 kes pemilikan tanah adat (NCR) sudah dan akan dibicarakan di
mahkamah dan pemimpin pembangkang iaitu Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak yang juga merupakan lawyer (dengar kata bakal
KM Sarawak kalau pembangkang menang nanti) telah mendominasi hampir ke semua
kes yang dibawa ke mahkamah. Baru Bian
pula dengan bongkaknya mendakwa dia begitu yakin akan memenangi 90 peratus
daripada kes yang dibawanya. Paling
menyedihkan…bagi kaum pribumi yang hidup dalam kemiskinan, mereka ini terpaksa
membayar wang pendahuluan sebanyak RM 5,000 dan secara minimanya kos
keseluruhan bagi setiap kes yang ingin dibawa adalah sebanyak RM8,000. Itu baru aje bukak file untuk bawa kes ke
mahkamah…. belum tentu lagi menang atau kalah.
Kalau kalah apa cerita??? Cekik darah sungguh pemimpin PKR…mana orang
kampong nak cari duit?? Bayangkan kalau 30% daripada RM100,000 jumlah tuntutan yang dimenangi,
Baru Bian akan dapat RM 30,000 dan tuan punya tanah pula akan dapat RM70,000…
tetapi terpaksa pula bahagikan kepada kaum keluarga yang lain dan selalunya
tanah NCR ini dikongsi bersama adik-beradik atau pun saudara-mara yang ramai. Konon
perjuangan bagi membantu rakyat miskin dan tertindas tetapi nampaknya mereka
pula yang menindas. Sembelih baik punya......30 peratus daripada
tuntutan….banyak tu…..sepatutnya kalau betul nak bela kaum pribumi, Baru Bian
haruslah lebih ikhlas dan tidak perlu menuntut sebarang kos……Pemimpin PKR
semuanya kaki sembelih dan kelentong kuat.
Kamek rasa apa yang rakyat Sarawak perlu adalah transformasi
dalam pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya tukar Kerajaan sedia ada kerana jika bertukar belum tentu pembangkang dapat membela rakyat dengan telus. Nampak gayanya PKR Sarawak masih belum bersedia menjadi pemerintah yang prihatin. Belum lagi memerintah nampaknya sudahpun tunjuk belang.