Thursday 4 October 2012

BARU BIAN TIPU ORANG KAMPONG??

Pada 15 SEP yang lalu kamek berkesempatan naik belon ke Sarawak untuk bersama-sama rakyat Bintulu menyambut Hari Malaysia yang ke-49.  Tahniah kepada penganjur dan rakyat Sarawak khususnya penduduk di Bintulu yang berjaya menjalankan aktiviti sambutan dengan meriahnya.  Sepanjang 3 hari dua malam berada di Bintulu pelbagai cerita kedengaran daripada rakyat Sarawak khususnya dari kaum pribumi.  Dengar cerita masalah tanah adat (NCR) masih lagi membelenggu masyarakat kaum pribumi Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak nampaknya terpaksa akur dengan kebangkitan dan kesedaran kaum pribumi dalam menuntut hak mereka. 

Kamek terus mendalami hati dan perasaan kaum pribumi ini dan dapat tahu perkembangan ini adalah hasil daripada hasutan yang bertalu-talu pihak pembangkang melalui radiofreesarawak.org yang semakin kedengaran walaupun di hutan banat sekalipun.  Bukan itu sahaja, pihak pembangkang juga dikatakan sanggup mengeluarkan dana untuk membeli dan memberi radio buruk kepada kaum pribumi ini semata-mata untuk mendengar hasutan yang disiarkan dalam siaran radiofreesarawak.  Kalau dah hari-hari dengar hasutan pembangkang memang terpengaruhlah mereka ini.  Kamek rasa pihak berwajib kena pantau perkembangan ini kerana menjelang pilihan raya akan datang kedudukan pembangkang di Sarawak akan semakin kukuh dan terus kukuh di atas tindakan hasutan ini.
bersama alat propaganda pembangkang...radioburuk

Walaupun kamek tak pandai kelaka bahasa Sarawak apatah lagi faham apa yang dikelaka dalam radiofreesarawak tetapi berdasarkan cakap-cakap orang di Sarawak kamek rasa kerajaan Sarawak perlu beri perhatian dan dengar masalah orang pribumi di Sarawak ni.  Radiofreesarawak memang alat propaganda pembangkang dalam menyampaikan dakyah-dakyah mereka.
 
ha..ha..ha..aku kaya...aku kaya...
Satu lagi cerita yang lebih menarik, hasil daripada hasutan yang berpanjangan ini, ia nampaknya telah membuahkan hasil yang cukup lumayan kepada pemimpin pembangkang di Sarawak…bukan sahaja dalam jangka masa yang panjang tapi juga jangka pendek.  Menurut orang pribumi Sarawak, sehingga kini sudah lebih 300 kes pemilikan tanah adat (NCR) sudah dan akan dibicarakan di mahkamah dan pemimpin pembangkang iaitu Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak  yang juga merupakan lawyer (dengar kata bakal KM Sarawak kalau pembangkang menang nanti) telah mendominasi hampir ke semua kes yang dibawa ke mahkamah.  Baru Bian pula dengan bongkaknya mendakwa dia begitu yakin akan memenangi 90 peratus daripada kes yang dibawanya.  Paling menyedihkan…bagi kaum pribumi yang hidup dalam kemiskinan, mereka ini terpaksa membayar wang pendahuluan sebanyak RM 5,000 dan secara minimanya kos keseluruhan bagi setiap kes yang ingin dibawa adalah sebanyak RM8,000.  Itu baru aje bukak file untuk bawa kes ke mahkamah…. belum tentu lagi menang atau kalah.  Kalau kalah apa cerita??? Cekik darah sungguh pemimpin PKR…mana orang kampong nak cari duit?? Bayangkan kalau 30% daripada RM100,000 jumlah tuntutan yang dimenangi, Baru Bian akan dapat RM 30,000 dan tuan punya tanah pula akan dapat RM70,000… tetapi terpaksa pula bahagikan kepada kaum keluarga yang lain dan selalunya tanah NCR ini dikongsi bersama adik-beradik atau pun saudara-mara yang ramai.   Konon perjuangan bagi membantu rakyat miskin dan tertindas tetapi nampaknya mereka pula yang menindas.  Sembelih baik punya......30 peratus daripada tuntutan….banyak tu…..sepatutnya kalau betul nak bela kaum pribumi, Baru Bian haruslah lebih ikhlas dan tidak perlu menuntut sebarang kos……Pemimpin PKR semuanya kaki sembelih dan kelentong kuat.
 
Kamek rasa apa yang rakyat Sarawak perlu adalah transformasi dalam pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya tukar Kerajaan sedia ada kerana jika bertukar belum tentu pembangkang dapat membela rakyat dengan telus.  Nampak gayanya PKR Sarawak masih belum bersedia menjadi pemerintah yang prihatin. Belum lagi memerintah nampaknya sudahpun tunjuk belang.  

3 comments:

  1. YB Baru Bian yang penipu ke atau KORANG yang PENIPU nie ???? Korang dah lupakh yg BN pernah rampas tanah rakyat kat sini sembarangan. yalah..kan saya org sarawak. so..sya lbih tahu dari korang

    ReplyDelete
  2. BN dan PEMBANGKANG siapa penipu rakyat .MANA PARTI YANG TAK BERTAHAN LAMA MEMERINTAH ITULAH PENIPU SEBENARNYA.RAKYAT SENDIRI TAHU JAWAPANNYA.

    ReplyDelete
  3. KALAU TAK ADA KES TANAH MANA BARU BIAN NAK CARI DUIT.GAJI DUN HANYA 4 HINGGA LIMA RIBU SAHAJA.MANA CUKUP UNTUK MEMBANGUNKAN BEKALALAN.JANGAN TERTIPULAH.KALAU MINTA DENGAN KERAJAAN PUSAT MANA NAK LETAK MUKA.GAJI DAPAT TIAP TIAP BULAN RAKYAT DAPAT APA.LAIN KALI BARU RAKYAT SEDAR YANG MEREKA TERTIPU OLEH ORANG YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.SEMAKIN BANYAK KES TANAH SEMAKIN BANYAKLAH PENDAPATAN PEGUAM MENANG ATAU KALAH ITU BUKAN MASALAH YANG PENTING DAPAT DUIT YANG MELIMPAH LIMPAH>

    ReplyDelete