Tuesday 18 December 2012

SAMSENG PKR BUAT HAL LAGI

Budaya samseng yang PKR bawa semakin menjadi-jadi...selalu menyalahkan orang lain adalah perkara wajib bagi mereka jika berlaku sesuatu kekecohan atau pergaduhan.  Tapi kali ini mereka tidak dapat lari lagi dari kenyataan dan telah terbukti penyokong-penyokong PKR sememangnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan samseng yang dibela oleh ANWAR IBRAHIM dan pemimpin tertinggi mereka untuk kepentingan parti. 

Laporan akhbar Tamil Thinakural
Pada 15 DIS 2012 yang lalu 2 laporan Polis telah dibuat  di Balai Polis Sentul oleh 2 orang lelaki India iaitu ketua wartawan akhbar harian Tamil Thinakural setelah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR dipejabat akhbar tersebut.   
 
Semuanya gara-gara laporan akhbar Thinakural berkaitan dengan Demonstrasi Duduk Bantah yang dianjurkan oleh PKR di JPN PUTRAJAYA pada 12 DIS 2012 di mana akhbar tersebut telah melaporkan seramai 300 orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan 65 sahaja yang berdaftar dengan JPN untuk memohon MyKad.
Hanya kerana tidak puas hati dengan laporan yang benar lagi sahih itu, sekumpulan penyokong PKR telah masuk ke pejabat akhbar harian Tamil Thinakural  pada 13 DIS 2012 dan membuat kecoh di pejabat tersebut.
 
Seramai lapan orang samseng PKR bertindak menyerbu pejabat akhbar tamil tersebut.  Salah seorang daripada mereka kemudiannya telah menumbuk meja di tempat pengawal dan menolak pintu masuk Bilik Editorial, menggunakan cara kasar serta mengugut akan membaling telur terhadap Ketua Jurugambar akhbar,  PAVALASELVAN a/l MAMRITHU.  Situasi kemudiannya bertambah tegang setelah Kumpulan samseng PKR ini terus mendesak hendak berjumpa dengan Ketua Pengarang akhbar B. R. RAJAN yang  tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Dalam Negeri di PUTRAJAYA. Masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa B.R. RAJAN, mereka kemudiannya terus membuat kecoh di luar bangunan akhbar tersebut.
 
Kenapa samseng-samseng ini bertindak demikian tidak dapat dipastikan....takkan hanya kerana laporan yang benar dan tepat, PKR terus melenting!! Tetapi itulah hakikatnya apabila setiap laporan yang tidak selari dengan kehendak mereka sudah pasti akan terima akibatnya.  Di manakah kebebasan media yang dilaung-laungkan sebelum ini???

 Wongiler : Pergaduhan Di Sg. Petani...Adakahg samseng PKR juga dalangnya??
 

Saturday 15 December 2012

DISEBALIK PEMILIHAN CEC DAP - MELAYU TERUS TERPINGGIR DALAM DAP

Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat ( CEC ) bagi parti DAP telah selesai.  Banyak cerita yang ingin  dikongsi disebalik pemilihan kali ini.  Buat pertama kalinya dalam sejarah DAP pemilihan mereka kali ini menggunakan dakwat kekal kononnya bagi mengelakkan penipuan daripada berlaku.  Sebelum ini agaknya memang berlaku penipuan dalam pemilihan DAP.... malah mengikut dari statement ADUN DAP SEKINCHAN...pemilihan kali ini juga ada bibit-bibit politik wang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP.  Cuba korang baca sendiri dalam ..http://www.malaysiakini.com/news/216746.  Sebelum ini bukan main lagi melaung-laungkan amalan politik bersih tetapi hakikatnya....mereka sendiri yang mengamalkan politik wang.

Melayu dalam DAP seperti bermimpi mengharapkan bulan jatuh ke riba, hakikatnya pemilihan kali ini seperti dijangka tida seorang pun pemimpin atau wakil Melayu tersenarai dalam anggota CEC iaitu keanggotaan tertinggi dalam DAP.  Bagi kaum India juga tiada seorang pun yang terpilih hanya wakil singh sahaja iaitu melalui  karpal dan anaknya gobind terpilih. Ini membuktikan betapa kuatnya ultra kiasu parti serpihan PAP Singapore ini. 6 orang calon melayu yang terpinggir adalah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan…

Keputusan pemilihan CEC mencerminkan realiti sebenar dimana sebenarnya kedudukan melayu didalam DAP.  Pengumuman keputusan di skrin besar melihatkan hampir kesemua calon melayu mendapat undi tercorot .Undi paling tinggi pun hanya melalui Zairil Khir Johari, anak cina bernama melayu namun kalah teruk dengan undi 320.  Harun Ahmad pula mendapat undian paling rendah dengan undian 30 undi....ini sangat memalukan. 

Berikut adalah senarai jumlah undi pemilihan CEC yang baru sahaja berlangsung :-

Lim Kit Siang – 1607
Lim Guan Eng – 1576
Karpal – 1411
Chong Cheing Jen – 1211
Anthony Loke – 1202
Wu Him Ven – 1202
Tan Kok Wai – 1199
Gobind Singh – 1197
Tony Pua – 1162
Teng Chang Khim – 1152
Fong Kui Lun – 1137
Nya Kor Ming – 1075
Chong Eng – 1006
Chow Kon Yeow – 986
Liew Chin Tong – 984
M.Kula – 984
Boo Cheng Hau – 958
Teresa Kok – 925
Teo Nie Ching – 903
Ngeh Koo Ham – 824

Di mana wakil Melayu?? terbelakah jika DAP memerintah kalau tiada langsung wakil Melayu di Tanah melayu ini.  Parti yg kononnya multi racial ini sebenarnya amat rasis dan buktinya telah jelas kelihatan. Wakil Melayu mungkin akan dilantik tetapi tiada gunanya kalau dilantik secara belas kasihan dari orang lain.  Melayu akan  terus dipandang hina dalam DAP.


Sunday 2 December 2012

NURUL IZZAH BAKAL MENTERI DALAM NEGERI???


Sejak bile plak minah ni pandai berbicara soal keselamatan???Apa kak izzah sekarang ni bercita-cita jadi Menteri Dalam Negeri ke....portfolio idaman abg azmin. Ini semua statement politik nak ambil hati anggota polis menjelang PRU.  Kau sepatutnya bukak mulut semasa perhimpunan bersih lagi untuk sokong segala tindakan Polis dalam tanggani perhimpunan haram jadah tu....Statement seperti ini belum tentu dapat tarik sokongan anggota Polis yang akan mengundi di bawah Parlimen Pantai Dalam.  Jangan mimpi la untuk dapat undi dari anggota Polis dan keluarga mereka setelah pelbagai statement bodoh dan dangkal kau keluarkan sebelum ini semata-mata bagi kepentingan politik sendiri. 

Wongiler : Vote pada keselamatan dan keamanan yang dinikmati sekarang.