Tuesday 18 December 2012

SAMSENG PKR BUAT HAL LAGI

Budaya samseng yang PKR bawa semakin menjadi-jadi...selalu menyalahkan orang lain adalah perkara wajib bagi mereka jika berlaku sesuatu kekecohan atau pergaduhan.  Tapi kali ini mereka tidak dapat lari lagi dari kenyataan dan telah terbukti penyokong-penyokong PKR sememangnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan samseng yang dibela oleh ANWAR IBRAHIM dan pemimpin tertinggi mereka untuk kepentingan parti. 

Laporan akhbar Tamil Thinakural
Pada 15 DIS 2012 yang lalu 2 laporan Polis telah dibuat  di Balai Polis Sentul oleh 2 orang lelaki India iaitu ketua wartawan akhbar harian Tamil Thinakural setelah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR dipejabat akhbar tersebut.   
 
Semuanya gara-gara laporan akhbar Thinakural berkaitan dengan Demonstrasi Duduk Bantah yang dianjurkan oleh PKR di JPN PUTRAJAYA pada 12 DIS 2012 di mana akhbar tersebut telah melaporkan seramai 300 orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan 65 sahaja yang berdaftar dengan JPN untuk memohon MyKad.
Hanya kerana tidak puas hati dengan laporan yang benar lagi sahih itu, sekumpulan penyokong PKR telah masuk ke pejabat akhbar harian Tamil Thinakural  pada 13 DIS 2012 dan membuat kecoh di pejabat tersebut.
 
Seramai lapan orang samseng PKR bertindak menyerbu pejabat akhbar tamil tersebut.  Salah seorang daripada mereka kemudiannya telah menumbuk meja di tempat pengawal dan menolak pintu masuk Bilik Editorial, menggunakan cara kasar serta mengugut akan membaling telur terhadap Ketua Jurugambar akhbar,  PAVALASELVAN a/l MAMRITHU.  Situasi kemudiannya bertambah tegang setelah Kumpulan samseng PKR ini terus mendesak hendak berjumpa dengan Ketua Pengarang akhbar B. R. RAJAN yang  tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Dalam Negeri di PUTRAJAYA. Masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa B.R. RAJAN, mereka kemudiannya terus membuat kecoh di luar bangunan akhbar tersebut.
 
Kenapa samseng-samseng ini bertindak demikian tidak dapat dipastikan....takkan hanya kerana laporan yang benar dan tepat, PKR terus melenting!! Tetapi itulah hakikatnya apabila setiap laporan yang tidak selari dengan kehendak mereka sudah pasti akan terima akibatnya.  Di manakah kebebasan media yang dilaung-laungkan sebelum ini???

 Wongiler : Pergaduhan Di Sg. Petani...Adakahg samseng PKR juga dalangnya??
 

No comments:

Post a Comment