Thursday 22 November 2012

SIAPA LAYAK JADI PM...


 
 
Undian tersebut dilakukan oleh Sinar Harian Online. Keputusan diatas melibatkan undian yang dilakukan hingga jam 9 pagi tadi. Tetapi didapati undian tersebut tidak lagi dipaparkan di portal berkenaan. Kemungkinan besar ianya telah dibuang oleh pihak admin portal berkenaan.

Nampak gayanya populariti anwar ibrahim semakin jatuh. Mungkin gara-gara isu kenyataan anaknya Nurul Izzah atau mungkin rakyat kini sudah sedar Anwar Ibrahim merupakan puppet kepada pihak-pihak tertentu.  Yang pasti Hadi Awang bakal jadi PM....apa kata DAP pula???


mmmm...melopeh aku..

 

Thursday 8 November 2012

DONG ZHONG RASIS MENJELANG HIMPUNAN 1125

             

NGO Cauvinis Cina, Dong Zong semakin hari semakin melampau dengan tuntutan demi tuntutan. Tidak cukup dengan desakan yang dibuat sebelum ini, mereka meneruskan agenda dengan merancang mengadakan perhimpunan pada 25 November 2012. Terdahulu Dong Zong pernah mengadakan 4 kali perhimpunan seperti berikut:-
  1. Perhimpunan 325 – Bantahan terhadap kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah Cina,
  2. Perhimpunan 520 – Permohonan Penubuhan SMPC di Kuantan,
  3. Perhimpunan 729 – Permohonan Penubuhan SMPC di Segamat, dan
  4. Perhimpunan 926 – Selamatkan Pendidikan Cina
Daripada 4 perhimpunan yang pernah dibuat sebelum ini didapati bahawa persatuan ini bukanlah benar-benar mahu memperjuangkan pendidikan kaum cina tetapi perjuangan mereka dilihat seolah-olah menafikan dasar-dasar pendidikan kebangsaan yang telah dirancang. Perancangan mengadakan satu perhimpunan setiap 2 bulan dilihat sebagai membina momentum persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Kerajaan.

Secara realitinya, bukan semua masyarakat Cina menyokong Dong Zong. Contohnya, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah telah menyatakan bahawa Dong Zong perlu mendapatkan pandangan semua persatuan-persatuan Cina sebelum mengadakan perhimpunan dan beliau menuduh tindakan Dong Zong ini diselindungi oleh agenda politik.

Jika dikaji, tuntutan Dong Zong mendesak Kementerian Pelajaran menambah bilangan guru Cina di sekolah-sekolah Cina dan mengeluarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin daripada sekolah-sekolah Cina hanyalah desakan biasa. Secara tersirat desakan ini sebenarnya adalah satu tindakan pembersihan etnik di sekolah-sekolah Cina melalui perancangan halus lagi tersusun dengan matlamat mengeluarkan guru-guru berbangsa Melayu daripada mengajar di sekolah tersebut dan menghalau pelajar-pelajar Melayu daripada meneruskan pembelajaran di SJKC. Ini kerana jika guru subjek Agama Islam dihalau, maka pelajar melayu khususnya tidak lagi dapat meneruskan pembelajaran dalam subjek tersebut sekaligus memaksa mereka bertukar sekolah.

Sikap pelampau Dong Zong ini turut tidak disenangi bangsa mereka sendiri, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan yang mempunyai pemiliran Ultra Kiasu seperti komunis. Menurutnya, kelompok ini akan menuntut sebanyak-banyaknya walaupun menyedari kerajaan tidak akan tunduk, namun akhirnya pembe­rian sedikit oleh kerajaan itulah kemenangan terbesar buat mereka. Beliau turut meminta Kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan kumpulan ini demi maruah dan agenda kebangsaan.

Percayalah perhimpunan kali ke-5 yang bakal di adakan pada 25 November 2012 bukanlah membawa suara masyarakat Cina kepada Kerajaan. Dong Zong tidak mewakili keseluruhan masyarakat Cina di Malaysia yang cintakan perpaduan. Langkah Dong Zong ini dilihat sebagai satu cubaan untuk memburukkan Kerajaan di mata rakyat terutamanya masyarakat Cina. Sasaran mereka cuma satu iaitu cuba menjatuhkan Kerajaan sediaada dalam PRU ke-13 agar kerajaan baru yang bakal memerintah dapat memberi segala tuntutan mereka. Kredibiliti Dong Zong dalam memperjuangkan masyarakat Cina dilihat tidak lagi relevan. Ini kerana masyarakat Cina kini mempunyai pelbagai medium seperti MCA untuk mereka membawa sebarang isu tuntutan secara efektif dan dipandang serius oleh Kerajaan yang memerintah.

artikel dari : www.lolong.wordpress.com

Sunday 4 November 2012

TITILE BARU UNTUK CHEGU BARD


SEBELUM NI MACAM-MACAM PANGGILAN TELAH DIBERI KEPADA CHEGU BARD (BADRUL HISHAM SAHARIN)- PENYELARAS SAMM, KALI NI DIA LAYAK DIBERI GELARAN PENYAMUN DAN PEMBOHONG BESAR (DAH DAPAT KUT…)  TITLE INI AMAT SESUAI DAN BERTEPATAN DENGAN TINDAKANNYA YANG MENGAMBIL VIDEO KAMERA MILIK POLIS SEMASA RAKAMAN UCAPAN DILAKUKAN SEWAKTU CERAMAH ANJURAN DAP PADA 27 OKT 2012 DI SERI ALAM.

EMPAT LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT OLEH PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI KAWASAN CERAMAH TERSEBUT.  MENURUT LAPORAN TERSEBUT, VIDEO KAMERA DIAMBIL SEMASA PIHAK POLIS CUBA MENYELESAIKAN KEKALUTAN YANG BERLAKU DI KAWASAN CERAMAH TERSEBUT.  LAPORAN POLIS JUGA DINYATAKAN TERNAMPAK SEORANG LELAKI MENGAMBIL VIDEO KAMERA TERSEBUT ATAS ARAHAN CHEGU BARD.  MENGAMBIL ATAU MENGALIH HARTA KERAJAAN TANPA KEBENARAN BOLEH DIKATEGORI SEBAGAI MENCURI… LEPAS DAH AMBIL TAKNAK MENGAKU PULA SEHINGGALAH DIA DIHUBUNGI SALAH SEORANG PEGAWAI POLIS SUPAYA MENYERAHKAN HARTA KERAJAAN TERSEBUT BARULAH DIA BERTINDAK DEMIKIAN. ITUPUN SETELAH DIA BERADA DI SEREMBAN (BAWAK LARI SAMPAI KO NOGORI YO….)BARU DIA PULANGKAN DI BALAI POLIS IPD SEREMBAN.  TAKUT LA TU…..
NI  LE MAMAT YANG AMBIL KAMERA HAK KERAJAAN...ARAHAN CHEGU BARD

DAKWAAN DI DALAM MEDIA PEMBANGKANG BERHUBUNG AHLI DAP DITAHAN DI BALAI POLIS SERI ALAM BERHUBUNG KES TERSEBUT ADALAH BENAR.  TETAPI MENURUT SUMBER, TAHANAN TERHADAP EMPAT WAKIL DAP TERSEBUT ADALAH BAGI MEMBANTU SIASATAN EKORAN KEHILANGAN VIDEO KAMERA TERSEBUT….BUKANNYA MASUK LOKAP PUN….LAGIPUN MEREKA YANG DITAHAN INI ADALAH PIHAK YANG MENGANJURKAN MAJLIS CERAMAH TERSEBUT.  SEBAGAI PIHAK PENGANJUR RASANYA MEMANG PATUT PUN MEREKA DITAHAN BAGI MEMBANTU PIHAK POLIS.  KENAPA PIHAK POLIS PERLU DILABELKAN SEBAGAI PENGGANAS ABU SAYAF PULA…SEDANGKAN CHEGU BARD SENDIRI BERLAGAK SEPERTI PENYAMUN TARBUS. 

KEPADA CHEGU BARD, KALI NI ESE MEMANG LAYAK DIGELAR PENYAMUN. LEPAS NI JANGAN PULAK KITA DENGAR DIA BAWAK LARI ANAK DARA ORANG….  SEBELUM NI PULA RASANYA DAH BANYAK TITLE YANG DIA DAPAT ANTARANYA…PENYANGAK, PENIPU, PEMBOHONG, PENGHASUT, PENAKUT,  DAN SEGALA-GALA LAGI LA YANG KORANG BOLEH BAGI. 

 
P/S :   DENGAR KATA NAK BUAT LAPORAN KE BAHAGIAN TATATERTIB BUKIT AMAN….AKU CABAR CHEGU BARD ATAU MANA-MANA AHLI DAP SERI ALAM PI BUAT LAPORAN KALAU DAKWAAN TERSEBUT BERASAS.