Friday 9 September 2011

PARTI KOMUNIS MALAYA AKUI UMNO PENCETUS KEMERDEKAAN

u

Mungkin ada yang tidak kenal dan tidak kurang juga yang sudah lupa pada Musa Ahmad.  Beliau merupakan Pengerusi Parti Komunis Malaya atau PKM sejak akhir tahun 1955.  Dilahirkan pada tahun 1921 di Pengkalan Bahru, Ipoh, Perak dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tempatan dan Sekolah Lanjutan Anglo Chinese atau Anglo-Chinese Continuation School Pulau Pinang.  Beliau juga pernah mendapat didikan agama di Sekolah Ugama Al-Mashor, Pulau Pinang dari tahun 1934 hingga 1941.  RTM pernah menemubual beliau pada 6 Jan 1981 selepas di bawa pulang dari negara China setelah bergelumang dengan perjuangan parti Komunis selama lebih kurang 30 tahun.  Berikut adalah beberapa petikan daripada temubual yang telah dibukukan dalam buku bertajuk "Akhirnya Berpijak Di Bumi Nyata"


Dalam buku ini, beliau menyatakan tertarik kepada pejuangan nasionalis orang-orang Melayu di atas galakan guru bernama Mat Saman bin Zain dan menyertai Kesatuan Melayu Muda yang juga merupakan pertubuhan nasionalis Melayu yang wujud sebelum perang.  Pada tahun 1945 dan 1946 beliau telah diarahkan mengikuti kelas-kelas indoktrinasi politik anjuran PKM anjuran tokoh-tokoh seperti Mokhtaruddin Lasso dan Abdullah C.D. yang bergiat cergas mendapatkan sokongan orang-orang melayu bagi menyokong perjuangan PKM. 

Pada tahun 1948, beliau diarahkan oleh Abdullah C.D pergi ke Temerloh untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dengan menjalankan propaganda komunis bertujuan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintahan Inggeris.  Semasa di Temerloh, beliau diberitahu oleh Abdullah C.D. tentang hasrat PKM untuk merampas kuasa dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.  Pada waktu itu juga beliau dikatakan pertama kali bertemu dengan Chin Peng, Setiausaha Agong PKM yang mengarahkan supaya Rejimen 10 ditubuhkan khusus untuk pengganas-pengganas Komunis Melayu dan Abdullah C.D. dilantik sebagai komander.

Sebelum Rundingan Baling diadakan pada Dis 1955, PKM telah melantik Musa Ahmad sebagai Pengerusi PKM .  Dalam temubual tersebut, Musa Ahmad menjelaskan pada awal tahun 1955, pucuk pimpinan PKM sedar bahawa perjuangan bersenjata telah gagal dan mengakui UMNO sebagai peranan utama dalam mencapai kemerdekaan.   Justeru, pucuk pimpinan PKM telah mengambil keputusan untuk memulakan rundingan dengan Tunku Abdul Rahman bagi membuktikan PKM berjuang untuk kepentingan semua kaum.  Nantikan pendedahan beliau seterusnya... 

WONGILER kata : Ni bekas Pengerusi PKM sendiri yang akui....masih ada lagikah mereka di luar sana yang ingin menyalak kata komunis pejuang kemerdekaan.  Komunis gagal dipersimpangan jalan...kerana bukan semua rakyat Malaya ketika itu menyokong perjuangan mereka.

1 comment:

  1. I'M PROUD OF U N ALWAYS LOVE U 4EVER..... AL-FATIHAH...

    ReplyDelete