Wednesday 13 February 2013

GEMPAR !!! NIK AZIZ DAN HJ HADI SEBULU TAPI TAK SAMA, MAJLIS SYURA PAS PULA BERBULU


Setelah sekian lama isu Kalimah Allah di timbulkan oleh persetan Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan di dalam semua bible, Hadi Awang sekali lagi menegaskan akan terus menyokong DAP dalam penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu.

 Dalam isu ini, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dikatakan sebulu dengan kenyataan Hadi Awang berhubung penggunaan kalimah ALLAH walaupun Majlis Syura Ulama PAS mengambil ketetapan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

 Pencanggahan pendirian isu kalimah ALLAH dikalangan pemimpin PAS dan Majlis Syura ini nampaknya telah memeningkan kepada ahli-ahli PAS dan dikatakan ada dikalangan mereka yang berhasrat meninggalkan parti tersebut.

Pemimpin tertinggi PAS Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang nampaknya semakin sebulu dengan Lim Guan Eng dan Karpal Singh selepas menyambut hari jadi di Penang tempoh hari.
 
Tindakan ini memperlihatkan pemimpin PAS terus membiarkan ahli-ahli PAS terus sesat dengan pemikiran songsang mereka.  Adakah mereka ini pemimpin Islam sejati atau tokoh politik berlidah cabang dan dah nyanyuk???