Monday 9 February 2015

Terkini: Anwar Ibrahim Di penjara

Seperti dijangka oleh ramai pengamal undang-undang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwat keduanya dan bakal dihukum penjara selama 5 tahun. Terbukti badan kehakiman Malaysia telus dan adil dalam menjalankan tanggungjawabnya.  Tahniah kepada saiful dan selamat jalan Anwar Ibrahim.

Terkini: Sekitar Hari Pengadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk seri anwar ketika ini pastinya kecut perut kerana menunggu keputusan penghakiman kes liwat keduanya di Istana Kehakiman, Putrajaya. Keadaan semasa di sekitar kawasan tersebut dikhabarkan hanya seramai 800 orang sahaja penyokong Anwar yang tegar dan percaya pemimpin mereka tetap tidak bersalah. Seperti biasa penyokong Anwar akan melakukan solat hajat dijalanan, melaungkan kebebasan Anwar dan memburuk-burukkan Kerajaan.