Tuesday 11 September 2012

KISAH BENDERA



ni le dia...budak-budak kurang akal dan punyai fikiran dangkal

Membuak-buak kemarahan apabila melihat ada dikalangan anak-anak muda kita yang semakin berani dengan tindakan mereka memaparkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam ambang merdeka 30 Ogos yang lalu.  Sakit hati apabila melihat gelagat anak muda sekarang ini yang semakin hilang arah dan pedoman seolah-olah tidak belajar langsung tentang sejarah Negara apatah lagi menghargai jasa pemimpin dan pejuang terdahulu yang menentang anasir-anasir yang tidak sehaluan dengan gaya pembentukkan Negara ini.  Dimana silapnya??  Adakah sistem pendidikan kita kini tidak menekankan lagi mata pelajaran sejarah yang suatu masa dahulu menjadi sabjek yang diminati ramai pelajar atau adakah pendidikan di rumah yang sepatutnya menjadi asas kepada pelajar??

Masih ingat lagi kenyataan SAC Dato’ SofianMakinuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas yang menyatakan parti politik pembangkang di Malaysia kini telah diresapi elemen Komunis hingga bekas-bekas anasir tersebut cuba menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13??  Kini semakin nyata apa yang cuba di katakan oleh pegawai SB tersebut.  Rasanya tidak perlu lagi dibuktikan kepada umum kerana memang jelas hingga anak-anak muda kini cuba dipengaruhi dengan gaya liberalisme, sosialisme dan komunisme hingga meruntuhkan budaya dan pemikiran orang muda sekarang.  SB memang cekap dalam menjalankan siasatan.  Ini tidak perlu diragui!! Salute to Malaysia Special Branch!!

Add caption
Bukan main bangganya anak-anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa demonstrasi jalanan “Janji Demokrasi”. Adakah mereka sedar bahawa tindakan mereka tersebut telah menguris seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.  Najwan Halimi, salah seorang student bersama beberapa rakannya  yang lain yang juga merupakan ahli PKR dikatakan bertanggungjawab di atas pengibaran bendera tersebut.  Dalam semangat kemerdekaan, mereka sepatutnya mengibarkan bendera jalur gemilang yang menjadi kemegahan rakyat Malaysia dan bukannya bendera Sang Saka Malaya yang merupakan bendera asal Kumpulan Melayu Muda (KMM), sebuah kumpulan berhaluan kiri  pada awal tahun 1940 an.  Nampak sangat anak muda ini masih dijajah pemikiran mereka.

Aku tak kisah bendera mana pun atau Negara mana pun yang diaorang nak kibarkan tetapi apa rasionalnya mengibarkan bendera lain selain dari JalurGemilang di hari kemerdekaan. Malah bendera malaysia kini juga telah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia dan telah dikibarkan buat pertama kalinya pada 26 MEI 1950 di istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur.  

Aku Pasti kumpulan anak muda ini mempunyai motif tertentu yang pastinya cuba menimbulkan kemarahan ramai rakyat Negara ini. yang pasti mereka ini adalah golongan yang berfikiran dangkal dan otak tak cukup akal yang tidak tahu latar belakang sejarah negara dan mudah dipengaruhi puak-puak pembangkang.  Kalau dah namanya pembangkang semua benda pun nak dibangkang.  Sampai bendera Negara pun nak ditukarnya. Malah pernah juga beberapa percubaan dibuat oleh kumpulan berhaluan kiri ini untuk menukar bendera Negara.  Kalau dikaji balik sejarah, semua bendera warna merah putih yang pernah dicadangkan di Malaya/Malaysia adalah dari kumpulan kiri yang akhirnya mendokong ideologi komunis. 






Bendera yang dikibarkan adalah merupakan bendera Kumpulan MelayuMuda (KMM) yang merupakan sebuah kumpulan yang berhaluan kiri dan menentang penjajah Inggeris selepas era penjajahan jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1942 – 1945.  Jika dikaji balik sejarahnya memang tidak dinafikan terdapat beberapa parti atau kumpulan Melayu ketika itu yang berjuang dan menentang penjajah Inggeris seperti Kumpulan MelayuMuda (KMM), Parti KebangsaanMelayu Malaya (PKMM) termasuklah juga United Malay National Organisation (UMNO). Tetapi pendekatan UMNO lebih  diterima oleh majoriti masyarakat Malaya ketika itu dan perjuangan inilah yang menjadi tunjang kepada pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala kumpulan berhaluan kiri pula bertindak menjadi pejuang-pejuang komunis hingga mengakibatkan peristiwa berdarah 14 hari di Tanah Melayu. Tu....dia bendera parti komunis Malaya yang pertama….sebijik macam bendera soviet union. 



Bukan itu saja pemimpin DAP pun pernah mencadangkan agar bendera Negara ditukar. M.Manoharan, ADUN Kota Alam Shah pada suatu ketika pernah mengeluarkan kenyataan agar bendera Negara ditukar.  Ini semua agenda puak pembangkang yang cuba mengelirukan masyarakat dengan fakta putar-belit yang bermatlamat menukarsegala-galanya apabila mereka memerintah Negara.  


Aku rasa semua orang tahu yang bendera mewakili sesuatu Negara, pertubuhan atau kumpulan. Bendera juga adalah satu ikon yang perlu dihormati kerana ia melambangkan suatu perjuangan.  Oleh itu perbuatan mengibarkan bendera selain daripada jalur gemilang ketika sambutan ambang merdeka sudah pasti tidak boleh diterima. Bersama kita kibarkan jalurgemilang!!!Salam kemerdekaan!!!
 

2 comments:

  1. Aq tak setuju bendera negara ditukar, Tapi aku tetap sokong PR

    ReplyDelete