Sunday 17 August 2014

TERKINI : Kemelut Politik Di Selangor

PAS yang bermesyuarat pagi ini memutuskan agar 2 nama dicadangkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar yang baru iaitu YB Mohamed Azmin Bin Ali, ADN Bukit Antarabangsa dan YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADN Kajang. PAS juga akan terus berada dalam Pakatan Rakyat dan kesemua ADN PAS di semua kawasan DUN Selangor menyatakan hilang kepercayaan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Apa PAS dah abih pikiaq ka takdak teloq nak letak calon sendiri?? Ini jelas terbukti PAS memang bukannya satu parti politik yang berkredibiliti untuk mentadbir negara.

Thursday 1 May 2014

Himpunan GST langgar Akta Perhimpunan aman

Himpunan GST semalam sememangnya jelas telah melanggar akta perhimpunan aman 2012. Selama ini tiada satu pun perhimpunan yang dianjur oleh Pakatan Rakyat telah mengikut sepenuhnya peraturan yang ditetapkan oleh Polis berdasarkan undang-undang APA. Persoalannya kini bagaimana pihak mahkamah melihat perkara ini jika dengan jelas terdapat bukti-bukti yang menunjukkan penganjur dan peserta perhimpunan tidak memenuhi kehendak akta itu sendiri. Rasanya lepas ni hakim kena turun dalam perhimpunan yang dianjurkan untuk melihat sendiri perkara sebenar yang berlaku. Bukti dah ada...takkan hakim masih buta lagi kot.

Himpunan bantah gst 1 Mei - Satu lagi himpunan sia-sia

Saksikan gambar-gambar di sekitar Dataran Merdeka semasa berlangsung Himpunan Bantah GST.
Satu himpunan yang sia-sia dan tiada manafaat kerana tiada impak dan kesan terhadap kerajaan BN. Tema 'Gasak Sampai Tumbang' hanya kepada mereka yang hadir kerana tumbang dirumah setelah kepenatan mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat yang kemaruk kuasa.

Tuesday 18 March 2014

PRK Dun Kajang

Antara poster terbaik dari rakan blogger tentang calon air mata....hehehe..



 

Saturday 15 March 2014

PAS Lancar Pasukan Penyelamat Bagi Mencari MH370

Tahniah kepada PAS yang telah berjaya menubuhkan pasukan penyelamat bagi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu. Ini sekaligus membuktikan PAS sememangnya begitu prihatin dengan keadaan semasa. Tahniah PAS!!!
mampukah PAS membuktikan pada rakyat Malaysia dan dunia yang mereka berkaliber dalam memastikan penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan dengan hanya menggunakan bot?? Kalau raja bomoh boleh mengapa tidak mereka...Jangan pandang rendah pada PAS dan raja bomoh....Mereka hanya berusaha...tuhan yang menentukan segalanya. Tetapi jangan bersandarkan amalan bodoh dan syirik sebagai usaha terakhir kita dalam misi menyelamatkan MH370. Apa yang pasti PAS dan raja bomoh Mat zin mempunyai persamaan.... Mereka menggunakan dayung dalam usaha misi menyelamat MH370.


Wednesday 8 January 2014

GEMPAR!!! PTPTN MANSUH....

 
Betul ke mansuh????

 
 
Melainkan anda merupakan rakyat Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara sahaja hehehe....