BIADAP: Khutbah Jumaat sokong komunis Mat Syabu !!!
Banyak pihak kesal dengan kebiadapan pembangkang yang terus mempergunakan masjid sebagai gelanggang politik mereka sekaligus engkar dengan arahan dan sengaja mahu mencabar arahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana pihak mempergunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik yang bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.
Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata, kebiadapan khatib yang membaca khutbah Jumaat di Masjid As Salam, Bukit Sentosa, Ustaz Mohd Naim Mohd Hashim yang baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan jemaah yang hadir, kerana khutbahnya mampu memecah-belahkan umat Islam di kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
“Antara yang diungkapkan dalam khutbahnya ialah menyokong kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berhubung isu perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Khatib juga menyatakan tokoh-tokoh seperti Tuanku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak sebagai tidak perlu diagung-agungkan sebagai tokoh kemerdekaan kerana mereka merupakan anak buah penjajah.
“Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Hulu Selangor telah bersama salah seorang kariah Masjid As Salam, Bukit Sentosa untuk membuat laporan polis berhubungan tindakan Ustaz Mohd Naim semalam, kami mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan terperinci agar perkara sebegini tidak lagi berulang,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Dalam masa yang sama, khutbah Jumaat Ustaz Mohd Naim turut usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh merosakkan minda dan pegangan umat Islam dan generasi muda hari ini melalui pengisian makna kemerdekaan.
“Dia turut menuduh kerajaan BN kononnya bersekongkol dengan Yahudi dengan mengamalkan dasar melalaikan umat Islam seperti hiburan melampau, ketagihan dadah dan perjudian.
“Dia turut mengatakan dasar kerajaan BN yang tidak sesuai diikuti penduduk Islam sambil membidas penerapan konsep ‘merdekaraya’ yang didakwa melanggar hukum syarak. Khutbahnya juga mengajak menjatuhkan kerajaan BN kerana dikatakan diwariskan daripada penjajah,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, laporan polis oleh penduduk dan kariah Masjid As Salam dibuat kerana mereka tersinggung dengan perkara-perkara yang dituturkan oleh khatib tersebut yang terang-terangan berbaur politik dan melanggah titah DYMM Sultan Selangor supaya masjid-mashid dan surau serta khutbah Jumaat tidak dipolitikkan sebagaimana surat pekeliling rujukan (64) dalam. Pej. DYMM. Sul. Sel.M/3/01. Jld 18 bertarikh 30 Ogos 2010.
“Khutbah tersebut juga turut melanggar arahan JAIS kepada semua Nazir seluruh negeri Selangor atas isu yang sama rujukan JAI.SEL.BPM/01/006/2(65) bertarikh 9 Ogos 2011.
“Saya difahamkan bahawa khatib ini telah lama mengadakan ceramah di Masjid As Salam dan surau-surau di seluruh kariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Pemuda UMNO Hulu Selangor mohon pihak berkuasa membuat satu siasatan dan tindakan ke atas Ustaz Mohd Naim dan juga mana-mana AJK Masjid Bukit Sentosa yang terlibat dengan membenarkan khutbah berbaur politik dan fitnah ini,” ujarnya.
WONGILER kata : Satu lagi peristiwa mimbar masjid disalahguna oleh golongan pengkhianat bangsa dan agama. Walaupun titah DYMM Sultan Selangor dan arahan oleh JAIS telah dikeluarkan agar khutbah jumaat tidak boleh dipolitikkan tetapi nampaknya mereka ini seperti mencabar kedaulatan tuanku dan undang-undang. Mereka ini layak digelar penderhaka.
Kawe tak heran dgn isu ini. Kenapa? Sbbnya dah lama puak2 mcm ni pergunakan surau & masjid terutama di Selangor sbg pentas berpolitik. Demi survival politik, diaorng sanggup buat apa saje walau perguna agama. Atas masjid cakap hentam seborono dan maki hamun org lain. Islam ngajar cmtu ke? Xkan Ustaz2& Ulamak diaorng xnasihat? Diaorng buat apa semua betul & paling sedih bila pengikut2nya cuma mengangguk je ikut je mcm burung tiong dan 'anjing' yg menyalak bukit. Tindakan mcm ni xubah spt penderhaka bila perintah Sultan xdiendah lngsung. Klau zaman dulu2 dh dihukum pancung puak2 ni
ReplyDeletemakasih
ReplyDeletemimbarnya bagus banget bak itu dibuat di kota mana pak..
ReplyDelete