Tuesday 27 January 2015

Guan Eng semakin berani cabar PAS

LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang semakin berani mencabar PAS apabila beliau dalam kenyataannya yang dipetik akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Jan 2015 membidas Kerajaan PAS Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri l lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawab semasa musibah banjir yang melanda di negeri tersebut. Katanya, semasa banjir besar berlaku, seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Dia juga mendakwa Kerajaan negeri yang ditadbir PAS hanya lepas tangan dan tidak tahu mengambil sebarang langkah  untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat. Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan. LIM Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam. Sumber dari akhbar Sin Chew Daily.

No comments:

Post a Comment