Wednesday 7 September 2011

LAGI KISAH MAT SABU...BUTA SEJARAH

Editor buku tempelak Mat Sabu Bintang 3 putar belitkan " Pengukir Nama Johor"!

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu Bintang 3 cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.

Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.

Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.

"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.

"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.
http://belantan.blogspot.com/2011/09/editor-buku-tempelak-mat-sabu-bintang-3.html

WONGILER kata : Mat Sabun memang kaki belit/tipu.
  • Tipu kena langgar semasa demo Bersih 2.O
  • Tipu bil rawatan hospital
  • Tipu komunis adalah pejuang kemerdekaan
  • Tipu keuarga peristiwa Bukit Kepong
  • Akan tipu lagi....tunggu dan saksikan... Sepanjang masa menipu.

1 comment:

  1. Salam sedara sedari rakyat Malaysia...

    Pada 1 September 2011, Karpal Singh, Pengerusi DAP yang merupakan rakan sekutu Pakatan Rakyat mendesak MAT SABU menarik balik kenyataannya yg 'mengiktiraf' MAT INDERA sbg 'hero' dan pejuang kemerdekaan berkait Peristiwa serangan Balai Polis BUKIT KEPONG.

    Karpal berkata "rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis".

    Katanya lagi, "Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya”.

    “Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini”.

    "kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan".

    “Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,”.

    Berdasarkan desakan Karpal Singh ini membuktikan bahawa dia juga tidak bersetuju dgn statement MAT SABU yg ternyata melampaui batas kerana mengiktiraf perjuangan komunis. Jgn sampai imej PAS sbg parti "Islam" kononnya, satu hari nnti dikait atau dicop oleh rakyat sbg penyokong komunis... Mahukah PAS dikenang oleh generasi mendatang sedemikian dan termaktub dlm catatan sejarah?

    ReplyDelete